JellyPages.com
Instagram

Sunday, 13 May 2012

When.. More than 10,000 steps to Universal Studio Singapore


Hoyeayyyy!! Dah pegi USS :) Alhamdulillah, menjadi juga plan ni.
Orang lain dah lama pegi pun kan.. Hihi.. Dari Putrajaya bertolak ke Larkin pukul 8pm and safely arrived at 12am. Menumpang di rumah Mak Tok, Sherry's grandma at Larkin. 2 mlm penginapan percuma. Thanks Mak Tok :)

Seawal 7am sudah berada di terminal bus Larkin sebab nak masuk Singapore guna bus. Naik SBS bus dengan tambang RM1.90 seorang terus ke Kranji MRT Station. Tapi yang penat nya kena turun bus 2x untuk urusan imigresen. Sekali kat CIQ JB, sekali imigresen Singapore. Ramai sangat orang, kena jalan cepat-cepat.

Sampai kat Kranji, beli tiket ke Harbour Front dan kena tukar tren kat Dobby Ghaut. Turun je tren memang dah dalam VivoCity Shopping Mall. Kalo nak naik tren ke Sentosa which terletak nya USS ni, ada station at 3rd floor. Kami pilih untuk jalan kaki. 15 minit tapi seronok sebab dapat tgk view Sentosa Island and tak penat pun sebab Sentosa BoardWalk ni bertutup, ada escalator.





                                        



Cantik kan? Next time kalo ada rezeki kita pegi naik cable car tu pulak ye kawan-kawan :)

Sampai je depan USS ni, perasaan teruja menyerang tanpa henti. Memandangkan dah beli tiket waktu kat Matta Fair aritu, terus je masuk. Tak payah beratur susah-susah. Tiket beli masa Matta Fair RM165. Walaupun hari jumaat, sesak dalam ni. Kalo weekend ntah macam mana la.




Terbahagi kpd 7 section, kami bermula dari Hollywood dengan harapan sempat masuk semua hingga section terakhir iaitu Madagascar.







Yeah, transformers the ride memang best! Berbaloi la beratur sampai 40 minit untuk naik benda ni. Hoii, memang syok.. Naik 10x pun takpe.. Cuma tak sanggup nak beratur lg je.



                         Kat New York Library jumpa Betty Boop.



Ha, sci-fi city punya ride. Merah di panggil human, biru di panggil cylon. Mereka naik sampai 3x dengan perut kosong dan rasa kan akibat nya.


Bergerak ke ancient egypt dengan sisa tenaga yang masih ada. Ah, kalo berposing memang masih bertenaga.




Jumpa je cafe kat section ni terus decide makan kat sini. Banyak je tempat makan dalam ni yang halal. Arab cuisine, masing-masing rindu nasi ayam. Baru beberapa jam di perantauan.


Lepas makan terus masuk ride dalam ancient egypt ni. Sambil menyanyi riang sebab perut dah kenyang, tetiba senyap sebab terbaca warning yang ride ni akan stop ketika tgh laju and akan reverse. Huh, kuatkan semangat juga. Tengah naik tu mulut terkumat kamit. Mata bukak sekejap-sekejap je sampai camera snap pic pun mata tertutup, orang lain mata dengan mulut-mulut sekali terbukak! Tapi memang seronok!

Berjalan lagi ke The Lost World pulak. Kan sini pun banyak ride, mula-mula naik rapids adventure. Dinasihatkan pakai raincoat sebab memang akan basah. Beli je uss punya, SGD3 untuk 1 dewasa+1 kanak-kanak.



Tengok show kat waterworld pun besh sangat! Berdrama live depan kita, pun digalakkan pakai raincoat kalo duduk row depan. Confirm basah.



Dari lost world dah nampak istana fiona yang tersergam indah. Tengok 4D show. Terkekeh-kekeh ketawa. Berbeza dari 6D  yang kat i-city. Hahaha.




Tiba di last section, Madagascar. Hari pun dah gelap. Tak puas. Memang kena masuk lagi next time. Nak pusing dari Madagascar dulu. Hee.


Malam tu ada fireworks tapi tak tengok pun. Kena kejar bus balik Jb. Sedih. Sempat juga beli souvenir kat USS store.

Masuk MEMA sebelum balik, berdepan dengan uss. Free tiket masuk sebab beli tiket uss waktu Matta Fair.






Museum yang seronok, banyak game dalam ni. Bole main alat muzik dengan 1 sentuhan, bole buat songket, bole buat tembikar. Every weekend ada jazz show. Bole la tengok sementara nak cas batery sebelum balik.

Sampai JB dah pukul 12 lebih. Penat nya mcm nak patah kaki. Seronok tak terkata. Sebab pegi berlima, tol dan minyak tak la rasa banyak sangat. InsyaAllah nak pegi lagi sebab tak sempat pun nak jalan 1 Singapore. Bulan 9 ke bulan 11 nnt ye? Hehe.