JellyPages.com
Instagram

Sunday, 23 September 2012

SUNWAY Lagoon


Assalamualaikum :)

Yeah, ke Sunway Lagoon kita last monday waktu cuti Hari Malaysia. Pilih all parks tapi banyak yang tutup sebab malam tu concert The Wanted. Masuk jugak bila memikirkan hari tu je yang semua orang free.

Ada 5 parks dalam ni. Masuk Wildlife Park, rasa macam kat zoo. Banyak binatang kat sini. Dari yang jinak macam rabbit sampai la ke harimau. 







Bermandi-mandi, pool party kat Water Park. Banyak slide yang tutup, under construction. Bersidai la kami di situ baling-baling air tak tau nak buat ape. Show The London Boy.




Kat Amusement Park, melayan mereka naik Tomahawk. Cukup la dua kali je ye, kawan-kawan.











Huuu. Aaahh. Maakk. Tak nakk. Bongokk. Haa, tu bunyi-bunyi standard yang dapat di dengari atau lebih tepat lagi bunyian yang di keluarkan oleh kami dalam Scream Park. Dengan zombi nya, pocong nya, memang sakit tekak menjerit macam lepas tengok bola. Selipar sampai putus ok di pijak nya orang belakang. Haha. Kat Extreme Park tak main ape pun. Kena bayar lain.


Dalam ni makanan memang mahal. Sangat. Gambar yang diorang snap pun sangat mahal kalau nak beli. Kat Scream Park RM35, kat Water Park RM37. Sekeping je tu.

Before 6 dah keluar ke Pyramid, makannn. Hehe. Daaa.


Sunday, 9 September 2012

Siapa tak suka.. Makan..


Assalamualaikum

Punya la tak tau nak letak tajuk entry. Haha. Orang lain update kisah raya dari 1st week raya lagi. Orang lain  dah lama abes puasa enam. Ni baru la merangkak rangkak nak buat.

Mengimbas kembali sehari sebelum raya. Isi beras dalam keputat ehh ketupat je la yang mampu selain tolong  potong ayam dan daging. Sebab nya tak reti nak anyam. Apa laa.




Rendang ni kena masak kat luar rumah memandangkan ia akan terpecik berkecah satu dapur.




Lomang wajib ada tapi beli je. Raya kat rumah nenek di Johor tak penah buat lemang. Dulu time ada nenek atok lagi kat Batang Kali, setiap tahun atok sedara buat sendiri.



Next, sushi ni bukan la juadah raya. Tapi sebab nama nya sushi rendang, bole la ada kena mengena dengan raya. Buat ni time bulan puasa, rendang nya beli kat SACC mall.




Sahabat saya kena cipta produk yang tak penah ada kat pasaran. So saja-saja kuarkan idea buat sushi rendang.




Dan ada satu hari tu berbuka puasa kat Babylon, dekat Jalan Imbi. Restoran ni sebuah banglo yang besar bole main sorok-sorok.




Sebahagian makanan yang kami makan.







Kalau nak tulis pasal entry makanan, memang semua orang takkan kalah. Kalau dah nama nya makanan, sape tak suka :)

Salam.