JellyPages.com
Instagram

Sunday 8 September 2013

Konvensyen Bidadari 2013

Inspiring Muslimah, Empowering Ummah.

Assalamualaikum :)

Haa. Theme konvensyen bidadari tahun ni buat kita kita yang wanita ni rasa bangga kan? Dah seminggu baru nak update. Alhamdulillah, syukur sangat sbb di beri jalan dan peluang untuk hadiri konvensyen ni. Ecece. Ada gaya buat ucapan an? Tahun ni kali kedua penganjuran konvensyen ni. Heliza Helmi dan Diana Amir antara selebriti yang hadir. Kakak yang tengah tu yang bayarkan saya untuk konvensyen ni. Muuahh! Semoga anda dilimpahi rezeki. Ameen.



Semua speaker kat konvensyen ni hebat hebat. Ustazah Norafizah Musa, siapa yang tak kenal. Tajuk yang ustazah ulas ialah Solat Kusyuk Penenang Jiwa. Banyak nya ilmu dapat. Paling penting, tempat berlabuhnya kusyuk ialah HATI.




Dr Rubiah Hamzah, pulak ulas tentang mendidik keluarga.
Pendidikan bukan hanya pada IQ.
Pendidikan itu bermula dari jiwa.
Baru layak pegang lesen pendidik.

Prof Dr Muhaya pun ada. Celik mata, celik jiwa. Biasa kan dengar?

Ustazah Fatimah Syarha punya slot agak berat sebab masuk fiqh, hadis, nas dan syariah. Tapi serius seronok sangat. Banyak ilmu baru tentang prinsip Islam dengan perubahan zaman. Contohnya zaman dulu wanita musafir tak bole tanpa mahram. Tapi zaman sekarang tak kan ayah, abang nak ikut setiap masa kan.



Ummi Rose, CEO Raudhatus Sakinah membincangkan isu akhlak remaja perempuan seperti zina, anak luar nikah. Dan penutup sebelum slot malam menampilkan Muadz, promote lagu barunya. Nyanyi live, tanpa muzik, cukup power vokalnya.



Slot malam adalah open. So sesiapa pun bole masuk dengar talk dari Sheikh Mirza Yawar. Meruntun runtun hati dengar. Hari kedua pun beliau ada slot jugak.



Hari kedua pulak speaker pertama Dr Harlina Siraj. Wanita di mata Allah dan manusia. Korang korang yang tengah rasa down takde duit ke sebab harga minyak naik, takde semngat nak belajar/bekerja, yang sedang di uji tak kira apa pun ujian nya, meh saya bagi tip sikit.

Ingat, setiap ujian Allah, ada nama kita di atasnya. Bertapa Allah ingat dan dekat dengan kita. Kenapa saya? Tukar la kepada, yes, its me! Redha la. Pasti ada hikmahnya.

Lepas dah topik serius, slot lepas tu more relax. Bergaya menurut Islam by Pn Maryanni. Beliau bagi tips tentang penampilan, pergaulan dan pertuturan. 55% pandangan orang terhadap imej kita ialah visual. Maknanya apa yang mereka lihat tu la first impression mereka especially color. Ha, jaga jaga. Warna neutral seperti putih, hitam, coklat, biru dan hijau gelap mesti la 50% ada pada pakaian kita. Beliau juga tak berapa gemar color blocking. Selera masing masing la kan?

Berhadapan dengan orang yang berkaliber. Slot yang ni ada 4 orang speaker. Rasa cepat sangat masa berlalu. Rasa tak puas nak dengar nasihat nasihat. Maklumlah kita ni manusia, sentiasa perlu mengingat dan di ingatkan :)




Antara sahabat yang jumpa kat sini. Dah dua tahun tak jumpa, kat sini Allah izinkan jumpa :)





Semoga ada kesempatan pergi majlis ilmu macam ni lagi. InsyaAllah. Salam.



Friday 3 May 2013

Trip to Langkawi

Assalamualaikum.

Pertama kali menjejak kan kaki di sini. Tapi mereka yang lain dah pernah kesini. Book tiket flight kira kira sebulan sebelum midterm break. AirAsia, return seorang RM128. 815 pm selamat tiba di Langkawi International Airport. 

Seminggu sebelum dah mula cari tempat tinggal dan sewa kereta. Alhamdulillah, dapat cari homestay yang murah bersama dengan kereta. Memandang kan sampai pun dah malam, lusa nya nak check out pagi pukul 9, so 2 bilik + kereta dapat RM300. 

Letak barang, start kereta terus merayap. Hee. Terus ke Dataran Lang tu. Lapar, cari tempat makan kat Cenang. Biasa la harga kat sini. Janji dapat makan. Cuma tak sempat nak cari tempat makan best best kat Langkawi ni.




Ni la bilik kami. Homestay Makndak di Padang Matsirat. 5 minit je dari airport. Suasana kampung, tengah sawah padi, ada lembu lalu depan bilik. Before azan subuh confirm dah terjaga bunyi ayam kuat sangat. Haha. Bilik ok, sesuai dengan budget. Nak duduk hotel 5 star tunggu honeymoon nanti.






2nd day mulakan hari dengan awal tak sabar nak Island Hopping. Drive ke Cenang sebab tempat ejen ejen Island Hopping semua kat sana. Park je kat situ.




Tapi sebelum tu kena la breakfast dulu. Island Hopping ni takde disediakan makan minum. Pulau pulau tu nanti takde jual jual. Suka kedai ni sebab pakcik yang serve tu comel. Layan diri semua, air bancuh sendiri. Nak tea, coffee, gula berapa sudu. Tak sedap sendiri yang rasa. Hihi.




After breakfast, bergerak la ke jeti untuk buat Island Hopping. Seorang RM25. 1 bot ni 10 orang. Di bawa ke 3 tempat. Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Lebih kurang 4 jam activity ni.





Mula mula tengok Tasik Dayang Bunting. Pic ni view dari dalam bot. Nampak macam perempuan pregnant tengah baring kan.





Turun naik bukit baru la sampai ke tasik ni. Kena kuat untuk tengok tasik yang cantik ni. Kitorang tak minum air tasik ni kitorang naik solar boat. Hee. Tak payah kayuh dia jalan sendiri. Nikmati la keindahan ciptaan Allah puas puas. RM30 untuk 1 boat selama 30 min. Kitorang amek 2 boat dapat RM50.





Selepas sejam, bergerak ke tempat bagi makan helang. Memang la sangat banyak helang. Lebih kurang 10 minit je kat sini.




Dan akhir sekali bermandi berpanas di Pulau Beras Basah. Pantang la kalau dapat main air.








Tengah hari dah settle semua. Balik semula ke Padang Matsirat. Lepas zuhur pegi lunch, gerak ke makam mahsuri. Decide taknak masuk sebab kena bayar RM7. Taknak taknak. Cable car pulak tengah servis. So tak dapat la naik. Terus la ke Kuah pegi shopping!







Haji Ismail Group. Sangat famous kan? Kat mane mane pun nampak plastic bag diorang. Hihi. Belikan mak kuali ajaib dan teko. Murah murah. Cekelat pulak beli kat Coco Valley. Kedai ni murah sikit harga cekelat nya dari HIG.

Tadaa~





Haha. Ni campur semua orang punya la. Kira trip ni under budget sebab lebih kurang RM300 seorang. Tu tak termasuk shopping la kan. InsyaAllah next trip rendah kan lagi selagi boleh. Hee.



Thursday 4 April 2013

Makan Mandi di Sg Pertak

Di  musim panas ni alangkah indah berendam dalam air yang sejur segar ditemani bunyi kicauan unggas dan yang pasti perut sudah penuh dengan makanan enak enak. Nikmat kan? kan?

Oooii.. Jangan cemburu kerana kawan kawan dan saya telah mengalami pengalaman indah ini.




Kerap jugak Sg Pertak di Kuala Kubu Bharu ni jadi tempat pilihan untuk mandi mandi dan ber bbq. Macam private sikit sebab tak ramai orang.





Lihat la ayam dan sotong ni, gebu gebu berlaka. Woo hoo.







Lepas kenyang terus mandi ok. Air memang sejuk terbaik terus dari Bukit Fraser :)




Selepas puas bermain air, naik ke Genting sebentar untuk tengok tengok strawberry. Tak la sekadar tengok, harus la beli strawberry cicah cekelet tu..







Hoi hoi, tak sabar tunggu mid term. Langkawi sedang menunggu.

Thursday 14 February 2013

Kisah Muzium Coklat


Assalamualaikum.

Haa.. Asyik dengar orang pegi muzium coklat je, nak juga pegi kan. Terletak di Kota Damansara, muzium coklat ni adalah yang pertama di Asia Tenggara. Dibuka oleh Dato' Dahlan Rashid, founder of DR Group Holdings Sdn. Bhd. Danson dan Fidani adalah brand coklat di bawah company ni.




Muzium ni tak lah luas sangat. Tapi semua info yang kita perlu tahu tentang coklat lengkap di sini. Sejarah, cara pembuatan, semua semua la.




Mereka juga ada demo cara nak buatcoklat.




Dan yang paling seronok kat sini ada dijual pelbagai brand coklat. Tak payah susah susah pegi jauh jauh bila mengidam Hershey's kisses. Harga pun lebih murah.





Tak beli banyak pun. Sekadar seronok seronok sebab tengok banyak sangat coklat. Salam :)


Monday 11 February 2013

KL Bird Park + KL Hop On Hop Off


Assalamualaikum :)

Dah hampir 2 minggu pun Hari Wilayah berlalu. Baru la nak update pasal ni. Hee. Wilayah je la cuti, Selangor tak. Tapi nak jugak guna hadiah hari wilayah. Hadiah apa? Haa. Masuk KL Bird Park RM1 je! Tak kisah la dah berapa kali masuk pun, nak masuk jugak!




Hari biasa tiket untuk pemegang mykad dewasa RM25. Jimat RM24! Burung burung bersepah sepah kat mana mana. Hehe.





Naik KL hop on hop off pun RM1! Sape nak naik saja saja je bayar RM38 hari biasa dan tiket tu valid selama 24 jam. Terasa la feel macam mat salih bersidai kat atas bus tu kan. Padahal terik bukan main haritu.






Bus ni memang round 1 KL. Istana Budaya, KLCC, KL Tower, Bukit Bintang, semua ceruk la dia lalu. Before turun kat tmpt naik mula mula iaitu depan Bird Park, singgah di Istana Negara. First time sampai betul betul depan tu. Cantik. Hehe.




Daulat Tuanku. Tetiba plak kan. Hehe.

Salam.



Thursday 17 January 2013

Catch Up.


Salam semua :)

Ini la saat nya. Saat kembali aktif update blog. Dah lepas final exam, dah lepas proposal. Hanya tunggu result yang mendebarkan. Fuh fuh.

Sebab lama sangat tak update, so entry ni jadi bercampur campur cerita. Tapi mula mula nak share cerita tentang Trick Art Museum i-city. Ye2, baru nak pergi walaupun hanya 5 minit berjalan kaki dari rumah. Tu pun sebab masuk percuma sempena kempen sayangi selangor aritu. Kedekut kan. Hari biasa untuk masuk kena beli tiket RM5.

Berbaloi sebenarnya masuk sini. Rasanya kat Malaysia ni la Trick Art Museum yang pertama. Kat setiap lukisan tu ada guide how visitors bole dapat 3D illusion yang ohsem.



















Selepas puas kat sini, menuju ke WaterWorld pulak. Sempena kempen ni dan sambutan tahun baru jugak start lepas maghrib dapat masuk free. Saja berjalan dan tetiba dapat tempat yang menarik untuk duduk lepaskan lelah sambil tengok firework pukul 12 nanti.




Sekian untuk kisah ni. Next nak share kisah makan makan. Ke Delicious merasai tea set. Banyak, makan berdua pun tak abes.










Dan beberapa hari before study week ada dinner for last year students. Pegi jugak sebab student last year walaupun tak last sem :) Berlangsung di Gold Course Hotel. Asalnya beria nak pegi ingatkan Gold Coast Sepang ok. Takde pun makanan yang betul betul rasa berbaloi. Biasa je. Snap pic pun lepas abes makan. Bersepah.







Sekian, untuk kali kedua :)
Salam.