JellyPages.com
Instagram

Tuesday 31 July 2012

11 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih di panjangkan umur hingga ke 11 Ramadhan tahun ni. :)
Aktiviti macam biasa. Class waktu intersesi ni 830-11am. 
Balik tu kadang-kadang tido la jugak. Hik. Tapi tak lama la.
Puasa ni tak elok tido lama-lama. Heh. Antara adab lain ketika puasa:

  • Tidak boros dalam perbelanjaan makan,minum dan sebagainya.
  • Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram.
  • Tidak membuang masa dengan berbual-bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah.
InsyaAllah berusaha untuk menjauhi semua tu. 

Nak share jugak dah cuba menu buka puasa kat Rasamas. Ok la, ayam percik. Sos percik pun banyak,tak kering.














Salam.

Sunday 22 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum :)

Ramadhan pertama dan tarawikh kedua. Alhamdulillah.
Syukur tahun ni masih diberi peluang untuk menyambut bulan mulia ni. Dah macam ucapan apa pulak. Haha.

Seperti tahun-tahun lpas, berazam nak buat lebih baik dari tahun sebelumnya dalam bulan ramadhan ni. InsyaAllah.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

Dan walaupun diikat segala syaitan, nafsu masih menguasai manusia. Mudah mudahan nafsu makan dapat la di kawal. Haha.
Alhamdulillah 1st day sahur dan berbuka semua ada kat umah. Full house. Mak masak nasi ayam sebagai menu berbuka puasa. 30 hari puasa family ni tak makan nasi putih berlauk sewaktu berbuka sejak azali lagi. Hehe. Mak la yang kesian nak pikir menu apa. Nak tak nak rotate la menu.















Kuih muih tu mesti ada la kan. Air pun x cukup satu. Tapi yang penting lebihkan minum air masak ok. Haha.
Salam.

Friday 6 July 2012

Tourism Floral Parade 2012

Assalamualaikum.

Ke Putrajaya selepas abes paper parasitology. Bergembira macam dah abes final. Dan macam la yakin result bagus nak pergi bergembira.
Jalan-jalan tengok bunga.




Kembali ke tujuan utama iaitu nak tengok bot berhias. Macam kereta berhias berarak tu. Tapi ni bot. Setiap negeri di Malaysia masuk bertanding dan ada penyertaan dari luar seperti Kenya.










Dan akhir sekali ada fireworks. Good luck kepada semua yang tengah final. Berusaha!