JellyPages.com
Instagram

Sunday, 9 February 2014

We are carbooters!


Assalamualaikum and hi!

Sila baca dari awal smp titik terakhir dengan nada teruja! Ayuh!
Kenapa kena teruja? Haha. Sebab kita seronok main jual jual. Hihi. Ok. Untuk pengenalan, mst la kena ada pengenalan kan takut ada yg lost. Apa tu carboot? Macam penah dgr je carboot sales. Haa.. Anda betul. Carboot sales (CBS) ni sama je dgn pasar karat, garage sales or tak tahu la kalau ada nama lain lagi. So maksudnya kat carboot sales ni org jual barang terpakai, preloved items and barang yang dah beli tp tak pakai atas sebab yang tak dpt dielakkan. Lagi lama barang tu, lagi rare, lagi laku! Kalau branded barang tu, lagi murah, lagi la laku! Kemain banyak lagi nye haa.

Meh nak bagitau kat mana CBS ni. Tmpt nya kat Kota Damansara hadapan Restoren Gulam Mee. Tapi tu dulu. Now since Jan 2014, organizer dah ubah tapak ke Sunsuria The Core, which sebelah je dgn Uptown Kota Damansara. Tempat baru ni bersebelahan juga dgn pasar tani pagi ahad so senang la nak cari tempat ni. Jangan pulak pegi tapak lama tu yee.

Ok sat. Bila CBS Kota Damansara ni? Ia setiap ahad dari 8am smp ke pukul 12 tgh hari. First time pegi around sept 2013 terus datang sbg penjual/carbooters okeyy. Time ni kat tapak lama lagi. Waktu mula mula dulu, tak se crowded skrg. Dulu carbooters smp kul 830 pun takde hal lagi. Banyak lagi tapak kosong. Skrg nak gerak dari Shah Alam pukul 7 pun takut sebab dah full pukul 8 tu. Ada je peniaga sampai pukul 6am oke!




Walaupun pemandangan sepoi sepoi gitu, sales tetap ada. Yang penting dapat clear kan barang barang yang mmg taknak pakai dah. Itu la matlamat kita! Apa je yang anda bole dapat kat CBS ni? Janji nama nya barang terpakai, ada la kat sini InsyaAllah. Kalau nak dapat barang yang best best, sila la datang pagi pagi sebab tgh fresh lagi. Baru kuar dari boot kete!




Yang arrow merah tu weolls punya Levi's ori. Jual RM15 je! Gerenti still in good condition. Jual pun sebab lemak lemak kat pinggang ni dah terkeluar. Hewhew. Macam macam barang weolls jual. Sandal Polo kat gambar atas ni jual RM12 je.





Yang laptop mainan kat atas ni pulak lain kisahnya. Open harga RM30. Sebab Barbie kot. Huu. Memang sangat ok lagi. Cuma sape la yang nak main. Youngest sister dah darjah 4. Lagipun parents skrg ni didik anak guna ipad,tab. Tak dipandang dah benda ni. Hihi.Tiba tiba, datang la seorang pakcik ni usha usha laptop tu. Dia tanya berapa. 25, saya jawab. Padahal asalnya nak jual 30. Pakcik ni senyum senyum, mintak 15. Oi pakcik.. 15? Saya kata last 20 la. Dia pun kata nanti pakcik dtg balik. Ok la kan. Taknak takpe. Bukan rezeki. Beberapa minit pastu dia datang dengan senyuman tak padam lagi. Mintak 15 jugak. Teka pe jadi? Saya jual jugak dengan harga 15. Hihi. Sebabnya kesian la kat pakcik ni. Dia sungguh sungguh nak. Tengah bayangkan ayah abah atok kita yang mintak macam tu beli utk kita. So automatik, haa bole la pakcik. Hehe. Babai laptop Barbie.

So kesimpulan nye, kalau korg berkenan apa apa, try je nego. InsyaAllah dapat the best price. Yela, kitorg penjual penjual ni niat nye mmg nak clear barang barang yang tak digunakan lagi. Tapi.. Ha,tapi! Ada segelintir pembeli ni, punya la nego smp nak nanges kita. Contoh, kemeja macam Padini or tshirt Voir, letak terus harga RM5. Dah abes murah la tu. Ada je peniaga lain letak RM10,20.. Tapi pembeli ni mintak kurang smp RM2. Uarghh. Nanges la macam ni. Dan orang kita tak la nego macam tu. Kadang dorg mintak kurg seringgit je. Paham la still kena bayar duit tapak lagi. Kadang tak mintak kurg. Terus ambik bayar. I love la Malaysian! Yang mintak smp RM2 tu paham paham la org apa. Hihi.




Tadaa! Siap bawak bekal lagi. Hehe. Gigih taw bangun pepagi masak nasi lemak utk bekal. Kalau korg rasa weekend tu tak bermakna, tak tahu nak kemana, mari la kesini. Cuci cuci mata pun takpe.

Kalau nak lagi bermakna, join la sebagai carbooters. Lagi terisi weekend anda. Macam mana nak join? First of all mst kena ada barang yang nak dijual. Hehe! Make sure biar banyak sebab orang akan tertarik lebih. Apa yang bole dijual? Semua barang terpakai! Apa saja! Dan amaran. Amaran yee. Jangan la sesekali datang bawak barang baru. Barang baru yg dijual murah gile pun tak bole taw. Makanan/minuman pun tidak dibenarkan sama sekali. Krew CBS akan sentiasa pantau barang. Kalau diorg terlepas pandang pun, berkat ke kita jual menipu camtu kan. Admin sini garang taw, kalau ditangkap, anda kena terus kemas dan balik. Babai! Haha. Admin tak garang pun, kita tipu. Beliau rock jew. Alhamdulillah, dah berbelas belas kali join walau tak setiap minggu ada je sales. Ikut rezeki. Bole je cecah ratus.

Berminat? Datang terus ari ahad setiap minggu yang korg free. Terus masuk parking. Takde booking tapak. Bayaran? RM20 setiap kali datang. Skrg admin suruh register. Once anda register, akan dapat sticker ni.



Kalau tak paham jugak, meh sini like page CBS Kota Damansara. Banyak bole tanya kat situ.

Car Boot Sales Kota Damansara havoc havoc!





Wednesday, 22 January 2014

Buah Hati

Assalamualaikum.

ANDA MENCARI TUDUNG/SHAWL YANG BERKUALITI?
ANDA MENCARI TUDUNG/SHAWL YANG MENETAPI HUKUM MENUTUP AURAT?
ANDA MENCARI TUDUNG/SHAWL CUSTOM MADE?
ANDA MENCARI TUDUNG/SHAWL YANG MENGIKUT GAYA TERKINI?
YANG PALING PENTING, ANDA MENCARI TUDUNG/SHAWL YANG HARGANYA MURAH?

Pfftthahaha. Ayat marketing abes la tu. But seriously, anda boleh dapat semua yang di atas ni di

Facebook Shawl by Sanubari

Jemput la like page ni untuk dapat latest update dan boleh jugak follow di instagram @sanubarishawl

Banyak sgt sgt dah pengeluar tudung/shawl jenama sendiri. Tu belum lagi cerita brands yang dah established. Tapi setiap org ada taste and bajet masing masing kann. InsyaAllah keluarkan tudung/shawl ni pun based my own taste. Bila kita selesa so rasa nak tarik jugak org selesa gak kan kan kan.. So far my taste takla sampai berbelit bergulung bagai. Masih kategori simple giteww.

Ni antara gambar dari page Shawl by Sanubari.



Tudung bidang 50


Wide Shawl


End Curve Shawl


Halfmoon Shawl


Haa..leklu leklu.. Byk lagiii design and corak yang anda bole dapat.. So ayuh cepat cepat menghala ke Shawl by Sanubari!!