JellyPages.com
Instagram

Monday 9 January 2012

Year End Holiday-Cameron Highlands

Ha,elok la tu. Orang study week pulun abes abesan study, yang awak year end holiday la konon2.
Nak wat camne,time ni je free. 2 hari je pun, lepak-lepak before struggle. #alasan

Plan nya dah lama,cuma tak confirm je. Alhamdulillah,akhirnya jadi juga.

It takes about 3 hours from Rawang, pukul 930 bertolak sampai kat 1st place yang kitorang singgah-ladang teh Cameron Valley kul 1230. Cepat juga. Selalu kalau dari arah KL, orang naik ikut Tapah sebab akan jumpa persimpangan Tapah dulu. Tapi kitorang naik ikut persimpangan Simpang Pulai memandangkan keadaan jalan nya lebih ok la. Sesak pun kurang berbanding Tapah.

                                                   
                                                    Cameron Valley







                                               Activity wajib-borong!




Dari Cameron Valley nak ke homestay yang dah di booking, jauh jugak. Jalan sesak memandangkan 26hb orang ramai masih cuti lagi.





Lepas check in pukul 3 lepak je kat bilik sampai lepas asar. Then baru la memulakan langkah untuk merayap. Marina Chalet And Homestay ni terletak di Kg Taman Sedia. Perkampungan melayu kat Cameron Highlands. Very calm, tak sesak macam kat Brinchang. Homestay ni terletak tengah-tengah antara Brinchang dan Tanah Rata. Dekat je nak pegi dua-dua tempat ni.


Bilik yang luas,selesa pada kami. 1 queen size bed and 2 double decker bed. Sangat cukup untuk 7 orang.









Dah lewat petang so singgah sekejap-sekejap je kat tempat-tempat ni.





                                                 Smoke House







                                          Kasimanis Strawberry Farm


Tak sah la kan tak makan strawberry chocolate kat sini kan. Sampai meleleh chocolate tu ha.



                                            Taman Agro Tourism




          







Malam nya bejalan-jalan di pasar malam Brinchang. Sejuk sangat-sangat ok. Siang tadi suhu 19 degree celcius, malam lagi la suhu turun.

Dinner kat Tanah Rata sebab susah nak cari kedai makan melayu kat Brichnag. Kat Tanah Rata pun kedai banyak tutup awal. Nasib ada yang buka lagi.

Sebelum tido,semua decide nak check out awal supaya boleh pegi banyak tempat tanpa buang masa. Tido malam pakai stoking,glove,sweater and blanket. Tapi masih tak dapat hilangkan rasa yang maha sejuk. Esok pagi nya semua terlewat bangun. Dan masing-masing sakit badan tahan sejuk serta selsema. Ni la orang Malaysia sejati. Haha.

Bergambar kenang-kenangan sebelum check out.



Perut pun dah lapar. Lagi-lagi dalam suhu macam ni. Pusing punya pusing akhirnya breakfast kat Marrybrown.





Dah kenyang, mula la mengatur langkah ke Taman Agroteknologi  Mardi. Bayaran masuk RM3 dewasa, student RM1.50. So bawa la student card anda kemana saja anda pegi. Banyak kelebihan nya.



                                           Bunga gebu-gebu kaw




Hujan mula turun ketika tiba di pasar yang jual sayur-sayur serta souvenir yang murah-murah. Tempat ni wajib pegi sebab semua jenis sayur yang ditanam di Cameron Highlands ada dijual disini.

Haih,kalau dah 7 kepala bayangkan la banyak nya barang yang diborong. Penuh 1 avanza.

Akhir sekali, tempat yang ditunggu oleh kami. Boh Plantation! #bertekakkatsinikeNoraElinashooting








Sangat mencabar jalan kat sini. Berbukit bukau yang hanya ada 1 lorong. Kalau berselisih dengan bus, pandai-pandai la pikir macam mana nak lepas.





Cantik sangat. Macam mana nak naik atas tu? Parking kete kat bawah, then mulakan la langkah mendaki. Nasib la tak panas. Setitik peluh pun tak keluar. Hee.




Hujan renyai-renyai, perut pun lapar. Makan lagi.







Sebelum pulang, mestilah nak beli teh kan. Sama je teh kat Cameron dengan yang ada jual kat kedai biasa.




Hampir pukul 5 baru la bergerak pulang. Alhamdulillah, semua selamat dan happy. Next trip, Langkawi or Krabi. Auuww! InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment