JellyPages.com
Instagram

Friday, 16 December 2011

Fenomena Ombak Rindu

Redha itu ikhlas.
Pasrah itu menyerah.

Mila yang cakap dalam movie ni. Suka. Hehe.

Waktu form 4 dulu, novel ombak rindu tengah hot. Dan sebagai seorang gadis, tentu nya saya adalah salah seorang pembacanya.

Bila dah difilemkan, pastinya kena tengok..

Dan yang  paling untungggg, ada orang belanja.. Yeay..






Ini la si cantik yang belanja saya. Si cantik sebelah si cantik. Haha. Ok,perasan.

Kak Lang is my bestfriend's sis.. Dia sangat sporting walaupun jarak umur yang agak jauh. She's married, takmoh ngorat eh. Kehkeh. Makan pun kak lang belanja. Besh kann.







                                                            Kawan yang terpilih. :)

Setiap orang ada pandangan masing-masing pasal movie ombak rindu ni. Pada saya yang hanya pandai tengok je, cerita ni kira ok la berbanding cerita melayu lain. Pengarah ubah sikit-sikit dari cerita asal. Pada saya, ia sesuai dengan durasi masa dan perjalanan cerita ini. Tak boleh juga menyalahkan pengarah jika ada part yang difikirkan tak berapa sesuai sebab cerita ni pun memang asal dari novel kan. Maya Karin memang bawa watak Izzah dengan baik. Aaron Aziz pun layak bawa watak Hariz. Takde hero Malaysia lain pun yang difikirkan sesuai.

Bab leleh tu pasti ada la. Itu pun kalau tengok Hariz nangis je. Syahdu la konon tengok laki nanges. Haha.
Cuma bila Mila sedih atau nanges, tak sampai kat hati. Eh, tu cuma pendapat saya je ye.


No comments:

Post a Comment