JellyPages.com
Instagram

Monday 1 August 2011

Bukit Tinggi Pahang

Hari ni kita ke bukit tinggi..yeay!! asyik2 bukit tinggi klang je, kali ni kita g pahang punya.. hehe.. Tak jauh pun dr kl, cuma traffic jam, tu yg lambat sampai.. gerak dr kl pukul 12, pukul 2 ptg baru sampai.. kalau tak, 30 minit dah boleh sampai.. Singgah di genting sempah utk lunch..

Bukit Tinggi ni terletak kira-kira 2500 kaki dari paras laut.. Tinggi kan.. Sayup-sayup ketika mendaki, dah nmpk bangunan ni.. Punya la excited, rupanya car park.. Haha..





Tiket masuk ke sini adalah RM12 untuk dewasa.. Kita boleh melawat Colmar Tropicale, Japanese Village and Botanical Garden dgn tiket ni.. Tempat-tempat lain yg ada kat sini yg tak termasuk tiket RM12 ni seperti rabbit park, berjaya hill horse riding, bukit tinggi golf and country club.. 


Colmar Tropicale menyambut kedatangan kami.. Colmar Tropicale ni dibina seperti bangunan sebenar yg terdapat di sebuah perkampungan Perancis..










Banyak hotel dan cafe yg boleh anda singgah kat Colmar Tropicale ni..



























Kira-kira 1 jam kat Colmar Tropicale, kami bergerak ke Japanese Village. Utk ke Japanese Village ni, kami naik kenderaan khas yg bawa naik ke sana.. Utk pengetahuan semua, Japanese Village ni lg tinggi iaitu 3500 kaki dr paras laut.. Sape-sape yg nak drive kenderaan sendiri, boleh je..

Kira-kira 10 minit, anda akan diberhentikan di satu tempat.. Jeng jeng jeng.. Haa, kita tak dpt naik ke Japanese Village ni dgn kenderaan sbb jln nya terlalu kecik.. Kena la jln kaki, memanjat bukit yg agak tinggi..


Tapi penat lelah anda akan hilang bila tgk pemandangan kat sini.. Tak caya? Jom tgk.. Hehe..









Dah nama pun Japanese Village, mesti la kena ada rumah jepun kan.. Kecik je rumah dorg, nak masuk 5 orang pun takut tak muat.. Hehe.. Kat sini ada jugak disediakan kimono utk sape-sape yg nak try pakai pakaian tradisional jepun ni.. Harga dia RM20 sahaja.. Tp kami semua tak try pun.. Haha!








Last sekali, kami lepak jap kat Botanical Garden.. Takde apa pun kat situ.. Ada tumbuhan herba dan beberapa pokok renek..





Kira-kira pukul 530 kami gerak balik.. Balik tak jem pun, 30 minit je dah sampai kl balik.. Total perbelanjaan kami utk ke sana adalah RM10 tol pergi balik, RM12 tiket masuk dan RM 40 utk full tank tp itu pun tak sampai separuh minyak yang tersejat..  Kehkehkeh! Dan.. 1 sen pun kami tak keluarkan utk beli mknn kat sana.. Jimat beb.. Kitorg bwk bekal dan lunch kat genting sempah.. Bygkan sebotol air 100 plus kecik pun dah RM4.50.. Nampak tak permainan ni? Hehehe!


Sampai je tol gombak, perut pun dah lapar.. Kami decide nak makan kat Sekinchan Ikan Bakar, area Sri Gombak..

Banyak pilihan ikan dan makanan laut yg boleh anda order.. Kami memilih ikan pari dan sotong.. Anda boleh memilih sendiri jenis dan saiz ikan yang menjadi idaman.. Semua pilihan anda itu akan di bakar..







Nyum3.. Saya yg tak makan ikan ni pun boleh ratah ikan ni.. Haha..







Total kami makan kat sini RM52 sahaja! Murah tak?? Berbaloi..

No comments:

Post a Comment