JellyPages.com
Instagram

Friday 3 May 2013

Trip to Langkawi

Assalamualaikum.

Pertama kali menjejak kan kaki di sini. Tapi mereka yang lain dah pernah kesini. Book tiket flight kira kira sebulan sebelum midterm break. AirAsia, return seorang RM128. 815 pm selamat tiba di Langkawi International Airport. 

Seminggu sebelum dah mula cari tempat tinggal dan sewa kereta. Alhamdulillah, dapat cari homestay yang murah bersama dengan kereta. Memandang kan sampai pun dah malam, lusa nya nak check out pagi pukul 9, so 2 bilik + kereta dapat RM300. 

Letak barang, start kereta terus merayap. Hee. Terus ke Dataran Lang tu. Lapar, cari tempat makan kat Cenang. Biasa la harga kat sini. Janji dapat makan. Cuma tak sempat nak cari tempat makan best best kat Langkawi ni.




Ni la bilik kami. Homestay Makndak di Padang Matsirat. 5 minit je dari airport. Suasana kampung, tengah sawah padi, ada lembu lalu depan bilik. Before azan subuh confirm dah terjaga bunyi ayam kuat sangat. Haha. Bilik ok, sesuai dengan budget. Nak duduk hotel 5 star tunggu honeymoon nanti.






2nd day mulakan hari dengan awal tak sabar nak Island Hopping. Drive ke Cenang sebab tempat ejen ejen Island Hopping semua kat sana. Park je kat situ.




Tapi sebelum tu kena la breakfast dulu. Island Hopping ni takde disediakan makan minum. Pulau pulau tu nanti takde jual jual. Suka kedai ni sebab pakcik yang serve tu comel. Layan diri semua, air bancuh sendiri. Nak tea, coffee, gula berapa sudu. Tak sedap sendiri yang rasa. Hihi.




After breakfast, bergerak la ke jeti untuk buat Island Hopping. Seorang RM25. 1 bot ni 10 orang. Di bawa ke 3 tempat. Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Lebih kurang 4 jam activity ni.





Mula mula tengok Tasik Dayang Bunting. Pic ni view dari dalam bot. Nampak macam perempuan pregnant tengah baring kan.





Turun naik bukit baru la sampai ke tasik ni. Kena kuat untuk tengok tasik yang cantik ni. Kitorang tak minum air tasik ni kitorang naik solar boat. Hee. Tak payah kayuh dia jalan sendiri. Nikmati la keindahan ciptaan Allah puas puas. RM30 untuk 1 boat selama 30 min. Kitorang amek 2 boat dapat RM50.





Selepas sejam, bergerak ke tempat bagi makan helang. Memang la sangat banyak helang. Lebih kurang 10 minit je kat sini.




Dan akhir sekali bermandi berpanas di Pulau Beras Basah. Pantang la kalau dapat main air.








Tengah hari dah settle semua. Balik semula ke Padang Matsirat. Lepas zuhur pegi lunch, gerak ke makam mahsuri. Decide taknak masuk sebab kena bayar RM7. Taknak taknak. Cable car pulak tengah servis. So tak dapat la naik. Terus la ke Kuah pegi shopping!







Haji Ismail Group. Sangat famous kan? Kat mane mane pun nampak plastic bag diorang. Hihi. Belikan mak kuali ajaib dan teko. Murah murah. Cekelat pulak beli kat Coco Valley. Kedai ni murah sikit harga cekelat nya dari HIG.

Tadaa~





Haha. Ni campur semua orang punya la. Kira trip ni under budget sebab lebih kurang RM300 seorang. Tu tak termasuk shopping la kan. InsyaAllah next trip rendah kan lagi selagi boleh. Hee.



No comments:

Post a Comment