JellyPages.com
Instagram

Sunday, 8 September 2013

Konvensyen Bidadari 2013

Inspiring Muslimah, Empowering Ummah.

Assalamualaikum :)

Haa. Theme konvensyen bidadari tahun ni buat kita kita yang wanita ni rasa bangga kan? Dah seminggu baru nak update. Alhamdulillah, syukur sangat sbb di beri jalan dan peluang untuk hadiri konvensyen ni. Ecece. Ada gaya buat ucapan an? Tahun ni kali kedua penganjuran konvensyen ni. Heliza Helmi dan Diana Amir antara selebriti yang hadir. Kakak yang tengah tu yang bayarkan saya untuk konvensyen ni. Muuahh! Semoga anda dilimpahi rezeki. Ameen.



Semua speaker kat konvensyen ni hebat hebat. Ustazah Norafizah Musa, siapa yang tak kenal. Tajuk yang ustazah ulas ialah Solat Kusyuk Penenang Jiwa. Banyak nya ilmu dapat. Paling penting, tempat berlabuhnya kusyuk ialah HATI.




Dr Rubiah Hamzah, pulak ulas tentang mendidik keluarga.
Pendidikan bukan hanya pada IQ.
Pendidikan itu bermula dari jiwa.
Baru layak pegang lesen pendidik.

Prof Dr Muhaya pun ada. Celik mata, celik jiwa. Biasa kan dengar?

Ustazah Fatimah Syarha punya slot agak berat sebab masuk fiqh, hadis, nas dan syariah. Tapi serius seronok sangat. Banyak ilmu baru tentang prinsip Islam dengan perubahan zaman. Contohnya zaman dulu wanita musafir tak bole tanpa mahram. Tapi zaman sekarang tak kan ayah, abang nak ikut setiap masa kan.



Ummi Rose, CEO Raudhatus Sakinah membincangkan isu akhlak remaja perempuan seperti zina, anak luar nikah. Dan penutup sebelum slot malam menampilkan Muadz, promote lagu barunya. Nyanyi live, tanpa muzik, cukup power vokalnya.



Slot malam adalah open. So sesiapa pun bole masuk dengar talk dari Sheikh Mirza Yawar. Meruntun runtun hati dengar. Hari kedua pun beliau ada slot jugak.



Hari kedua pulak speaker pertama Dr Harlina Siraj. Wanita di mata Allah dan manusia. Korang korang yang tengah rasa down takde duit ke sebab harga minyak naik, takde semngat nak belajar/bekerja, yang sedang di uji tak kira apa pun ujian nya, meh saya bagi tip sikit.

Ingat, setiap ujian Allah, ada nama kita di atasnya. Bertapa Allah ingat dan dekat dengan kita. Kenapa saya? Tukar la kepada, yes, its me! Redha la. Pasti ada hikmahnya.

Lepas dah topik serius, slot lepas tu more relax. Bergaya menurut Islam by Pn Maryanni. Beliau bagi tips tentang penampilan, pergaulan dan pertuturan. 55% pandangan orang terhadap imej kita ialah visual. Maknanya apa yang mereka lihat tu la first impression mereka especially color. Ha, jaga jaga. Warna neutral seperti putih, hitam, coklat, biru dan hijau gelap mesti la 50% ada pada pakaian kita. Beliau juga tak berapa gemar color blocking. Selera masing masing la kan?

Berhadapan dengan orang yang berkaliber. Slot yang ni ada 4 orang speaker. Rasa cepat sangat masa berlalu. Rasa tak puas nak dengar nasihat nasihat. Maklumlah kita ni manusia, sentiasa perlu mengingat dan di ingatkan :)




Antara sahabat yang jumpa kat sini. Dah dua tahun tak jumpa, kat sini Allah izinkan jumpa :)





Semoga ada kesempatan pergi majlis ilmu macam ni lagi. InsyaAllah. Salam.



3 comments: