JellyPages.com
Instagram

Monday, 27 February 2012

Speechless Of Bunny

When talking about pets, the first thing yang tergambar di layar fikiran mesti nampak kucing, arnab, hamster, guinea pig, sugar glider, kura-kura, ikan dan pelbagai lagi yang comel-comel. Kan? Kan?

Saya pun ada pet juga  ^__^  Nak tau apa? Cuba teka.

Apakah yang bertelinga besar? Telinga panjang?

Telinga kuali ke?

Eh,tidak.

Sebenarnya, si telinga besar dan panjang adalah si arnab, called Memet! Haha.

 Si Memet ketika kecik. Suka berdiri. Usha apa ntah. Masa kecik kelabu pekat sikit. Sekarang dah besar kelabu dah cair dan ada tompok putih.


Memet must stay inside her cage since dia akan menggigit benda yang tidak sepatutnya kalau sentiasa berada di luar tanpa perhatian sesiapa. Kalau dah di dalam, ini la gayanya. Tak sabar-sabar nak keluar.


Diet Memet adalah pallet dan alfalfa. Alfalfa ialah sejenis rumput diberi khas untuk arnab. Kadang-kadang bagi Memet makan daun sawi dan kangkung. Tak boleh bagi arnab makan kubis dan carrot sebab mereka akan sakit perut dan cirit birit. Kesian kan.


Apabila lepaskan Memet keluar, dia akan berlari laju-laju dan melompat tinggi-tinggi dengan gembiranya. Kita yang naik penat menengoknya. Bila dia dah penat, dia akan baring macam tu.

Pernah sekali membawa Memet bermain di padang, tapi tak lama lepas tu dia kena kurap. Tak tau la puncanya. But soil is very rich with microorganisms. Walaupun ada je yang kata takpe lepaskan di padang. Waktu bawak Memet pergi klinik pun vet tak galak kan main di padang. Teruk jugak kurap tu. Sampai tertanggal hidung dia. Haha! Tak caya? Ha, tengok la gambar.



Caya tak? Hehe. Tapi sekarang Memet dah pulih sepenuhnya sebab dah ambik injection. Alhamdulillah. Lepas ni nak cari partner untuk Memet pulak. Arnab tak boleh sorang-sorang sebab dia manja. Since dia takde partner, saya dan adik-adik selalu teman dia. Kadang-kadang tu belai-belai dia barulah dia tido. Haha.

Memang terbukti membela haiwan ni dapat kurangkan stress and buat kita ketawa selalu. Anda pun mesti ada pet jugak kan? Share la!


2 comments:

  1. comel je memet ^^...
    dulu ade sekor name dia boboi, tp dh mati. sakit tua kot, sedih :(

    ReplyDelete