JellyPages.com
Instagram

Friday 10 August 2012

20 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum :)

Dah masuk sepuluh malam terakhir. Cepatnya. Kenapa la bulan yang satu ni cepat sangat pergi.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

Malam Lailatul Qadar ni hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambaNya. Macam-macam cerita kita dengar pasal tanda-tanda malam Lailatul Qadar ni. Kalau kat kampung-kampung, dapat rasa sebab kat sana sunyi. Abes yang kat bandar-bandar tak dapat ke rasa. Iskk. Alim ulama berpendapat orang yang menemui malam Lailatul Qadar melihat nur yang terang di segala tempat. Ada juga yang berkata mendengar ucapan salam dari malaikat. Wallahu'alam bissawab. Yang penting berusaha beribadah pada malam-malam terakhir ni.

Doa pada malam Lailatul Qadar:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى  
Maksudnya:
 "Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan salah silap hambaMu, lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."

8 August adalah birthday En Bahari, ayah si Sherry. Kami dengan bangganya, cehhh, menerima undangan iftar bersama family Sherry. Segan. Tapi free weh. Haha.

Family Sherry yang turun ke Shah Alam. Kat Pizza Hut sebelah rumah ni je ha. Merasa la makan piza seri kasturi ni.




Sedang memotong kek. Nice pose. Comel-comel semua. Haha.







Last sekali amek gambar family. Ni team bola sepak campuran. Yang snap pic adalah goal keeper. Team ni takde coach. Haha. 2 budak pompuan and 1 budak laki belah kiri tu menyibuk nak masuk family pic orang lain. Kehkeh.

Terima kasih pakcik Bahari and family. Selamat hari lahir dan semoga panjang umur :)



1 comment: