JellyPages.com
Instagram

Sunday 12 August 2012

23 Ramadhan 1433H


Assalamualaikum.

Mungkin kah malam tadi iaitu malam ke 23?
Hehe. Wallahu'alam bissawab. Yang penting teruskan amalan seperti biasa untuk beberapa hari lagi yang tinggal dalam bulan mulia ni.

Dalam masa 2 hari, dapat siapkan 3 jenis kuih raya. Yeay. Semua nya start buat selepas sahur memandangkan taknak ganggu malamnya.

Mula-mula siapkan almond london. Buat bulat-bulat sebab mak cakap tak minat kalau bentuk dia oval. Haha.




Dah siap, sambung buat honey cornflakes pulak. Ni kena sorok kalau tak before raya dah habis.






Dan yang paling memenatkan adalah rempeyek. Dari lepas sahur sampai la ke zuhur, baru siap. Nak kena dadar tepung nya dulu, then baru la goreng untuk keraskan.




Tapi bila dah siap, memang la puas. Sungguh la resepi ibu sendiri yang tersedap dan terbaik :)



1 comment: